Friday 21 January 2011

Wahai Ukhti Yang Telah Melumpuhkan Hati Ini..

Sebenarnya coretan ini ingin ana kirimkan kepada enti yang  melumpuhkan hati ini. Coretan ini ingin ana selitkan dalam satu kehidupan mu, namun ana hanya lelaki yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. Ana hanya dia yang engkau anggap tidak lebih, ana hanya merasa seperti itu.
.
Wahai enti yang melumpuhkan hati ini,
Seperti yang enti tahu, ana selalu berusaha menjauhi dari enti, ana selalu berusaha bersikap tidak acuh pada enti. Saat di depan enti, ana selalu berlagak normal walaupun ana hanya berpura – pura.
.
Tahukah wahai ukhti yang melumpuhkan hati ini?
Entah mengapa ana dengan mudah berkata “cinta” kepada mereka yang tidak ana cintai. Namun kepada enti, lisan ini seolah – olah terkunci. Dan ana rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa ana mencintai enti, walau ana teramat sakit di saat mengetahui bahawa ana bukanlah mereka yang enti cintai, walaupun itu hanya  prasangka ana.
Jika boleh ana beri alasan, mungkin kerana ana takut engkau akan menjadi “illah” kepada ana. Kerana itu, ana berusaha untuk mengurung rasa itu jauh ke dalam, sehingga yang terjadi adalah tolakan-tolakan dan lonjakan yang membuat ana semakin bingung.
Sakit hati ana, ana berbicara bahawa enti mencintai dia dan tiada ana dalam kamus cinta enti. Sememangnya sakit, sakit yang  terasa begitu perit. Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat ana mengerti bahawa senyum enti adalah sesuatu yang bererti bagi ana. Ketenteraman enti adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hati ana.
.
Wahai enti yang melumpuhkan hati ini,
Andai ana boleh berdoa kepada Tuhan, mungkin ana ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar ana mampu mengubah saat-saat pertemuan itu, hingga tiada tatapan pertama itu, yang membuat hati ini terus mengingati enti. Jarang ana memandang wanita, namun satu pandangan sahaja telah meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. Andai ana buta, tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini.
Banyak lembaran buku yang telah ana telusuri, banyak teman yang telah ana minta pendapat. Mereka mendorong ana untuk mengakhiri segala prasangka ana tentang enti dan dia, kerana sebahagian prasangka adalah suatu kesalahan. Namun di sudut yang lain,  ada dorongan yang begitu kuat untuk ana tetap menahan rasa yang terlalu awal, yang telah tertancap dihati ini.
.
Wahai enti yang telah melumpuhkan hati ini,
Mungkin ana bukanlah lelaki gentleman yang bersedia untuk  menikah dengan enti dengan segera. Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus ana kejar.  Sesungguhnya ana tidak ingin menanggung beban ini, yang akhirnya akan menuju kerosakan, jika hati ini tidak mampu ana jaga. Ana tidak mahu bercouple dengan enti.
.
Wahai enti yang telah melumpuhkan hati ini,
Mungkin saat ini hati ana adalah milik enti. Namun tidak akan ana berikan setitik pun saat-saat ini, kerana ana telah bertekad dalam diri ana bahawa saat-saat indah ana hanya akan ana berikan kepada BIDADARI ana.
Wahai enti yang telah melumpuhkan hati ini, tolong bantu ana untuk meraih bidadari ana bila dia bukan enti.
Wahai enti yang telah melumpuhkan hati ini, tahukah enti bahawa saat  inilah yang paling ana takutkan dalam diri ana. Jika DIA tidak menganugerahkan ana dengan setitik rasa malu, tentu ana telah meminang enti bukan sebagai isteri ana namun sebagai kekasih ana.

Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu ana tidak berusaha menjauhi enti.
Kadangkala ana bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan malu ana hanya demi perkara  yang remeh ini?
Ana semakin tidak mengerti diri ana…

Ingin ana meminta kepada enti, sudikah enti menunggu ana? sehingga ana siap dengan yakin untuk  meminang enti? Dan enti pun siap dengan pinangan ana?
Namun wahai enti yang telah melumpuhkan hati ini, kadangkala ana terfikir,  semuanya pasti akan berlalu, dan ana merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. Tetapi ada ketakutan dalam diri ana, apabila ana melupakan enti. Ana takut tidak akan pernah lagi menemukan diri enti dalam diri mereka-mereka yang lain.
Wahai enti yang telah melumpuhkan hati ini, izinkan ana menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. Mungkin nanti saat dimana mungkin enti telah menimang cucu enti dan ana juga demikian, mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita yang tragis ini.
Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman, kita akan tersenyum bersama  akhirnya,  setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang.

Wahai enti yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada Tuhan enti, Tuhan ana, dan Tuhan semua manusia,  kesudahan  yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.
Wahai enti yang sekarang ana cintai, semoga perkara  yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.

4 comments:

  1. haiiii syahdu sguh la hai...sipakah y brtuah itu..tringin skali nk tau...huhu sbar2 byk k...

    ReplyDelete
  2. yelah tu sekadar nukilan...huhu...everything happens 4 a reason...msti ade reason disebalik nukilan ni....lalalalaaaa~~~

    ReplyDelete
  3. hanya Allah swt yang tahu apa sebab atau reason nya.. kerana Allah maha mengetahui...

    ReplyDelete